Tuesday, 3 January 2012

Annie Ooi Siew Lan (Makcik Bersih) beri ceramah Khas Kepada Wanita Umno

Untie Annie yang popular sejak peristiwa Bersih 9 Julai2011 telah memeberi sedikit ceramah kepada Wanita-wanita Umno di Balai Polis Dang Wangi Hari ini, dalam slot selama 3minit itu semua wartawan tertumpu kepada Untie Annie yang memberi MENYEKOLAHKAN  wanita umno.


Perkara itu berlaku secara spontan apabila Wanita Umno itu hendak membuat laporan polis berikutan Perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada  9 Jan 2012 .

Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman,” kata Annie. 
Nasihat beliau itu bagaimanapun disambut Wanita Umno terbabit dengan menyatakan ‘mana ada mahasiswa di pukul, tidak ada, tidak ada’. 





Tambah mengejutkan Untie Annie,  wanita umno itu mahu membuat laporan polis berkaitan himpunan penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim pada 9Jan 2012 dan apa yang di katakan bahawa sepatutnya memperjuangkan anak muda bukan nya bersubahat dengan kerajaan yang semakin menindas rakyat yang mahu menyuarakan pendapat masing-masing secara aman yang di kucar-kacirkan oleh kerajaan sendiri, tegas nya merupakan bekas guru.

Untie Annie mula di kenali Masyarakat dan media sejak peristiwa Bersih 2.0 yang di mana menyuarakan tentang ketidak puas hati nya terhadap kerajaan.

Abis tu ALTANTUYA mati sendiri ? 10 bintang untuk Untie Annie.

No comments:

Post a Comment