Monday, 2 January 2012

Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur Meninggal Dunia.

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Abdul Majid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang, di sini, petang semalam.
Mohd Salleh, 62, meninggal dunia jam 10.20 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat barah usus dan kegagalan buah pinggang.

Jenazah beliau disemadikan jam 5.30 petang sejurus selesai solat jenazah yang menyusuli solat Asar di masjid itu. Antara yang menziarah jenazah Allahyarham di rumah ibunya di Kampung Pasir, Hulu Kelang ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman

No comments:

Post a Comment