Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin di lahirkan pada 1951. Mempunyai 10 orang adik beradik berhenti sekolah pada usia 15tahun akibat kesusahan keluarga ,berkerja dipasar borong di jalan Tun Ismail selam setahun untuk membantu adik-adiknya yang masih bersekolah .
Di sini lah dia mula mengenal dunia jenayah dan rompakan pertama yang di lakukan ialah bertarikh 19April 1969. Botak Chin kemudian memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan gengnya sendiri dan melakukan lapan rompakan pada September 1969. Kegiatan itu berjaya ditumpaskan. Botak Chin ditahan dan dihukum tujuh tahun penjara, tetapi dibebaskan pada November 1974.
Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Seorang lagi orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.
Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 , dia mendakwa sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin, tetapi sejarah membuktikan sebaliknya. Dia akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September.
Botak chin di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tarikh 19 jun 1981 di penjara pudu .
Dokumantari Botak Chin
Credit to : Polis Malaysia
No comments:
Post a Comment