Tuesday 3 January 2012

Kerajaan Cabar Nk Aziz Nik Mat Letak Jawatan Berikutan Kes RASUAH .



Pemimpin-pemimpin pembangkang dicabar supaya mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan dan bertanggungjawab dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung dakwaan penyelewengan.


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kegagalan pembangkang melakukan perkara itu membuktikan mereka bersikap pilih kasih dalam isu berkenaan.


Katanya, ia dibuktikan apabila pembangkang memperbesar-besarkan isu berkaitan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) sehingga sanggup mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan.


“Saya cabar Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mendesak Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.


“Jika dalam kes Shahrizat mereka begitu lantang mendesaknya meletak jawatan, maka mereka juga perlu berbuat perkara sama ke atas Nik Aziz,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.


Kelmarin, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan iaitu Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) dan Gerakan Selamatkan Kelantan (Gasak) mempersoalkan kenapa sehingga sekarang tiada tindakan diambil SPRM berhubung siasatan terhadap Ariffahmi yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kes Menatu Nik Aziz nak di siasat tapi kes Altantuya kenapa senyap dan tidak di siasat ?

Kes Menteri GOV seleweng duit rakyat kenapa tak siasat sedalam dalamnya ?

Kenapa Media tak dedah kan Menteri GOV yang seleweng wang rakyat ?

Nabil Raja Lawak cakap (lu pikir la sendiri) .


No comments:

Post a Comment