KUALA LUMPUR
Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu.
Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu.
Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 2.47 petang, 1 Jan lepas
Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.
Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.
Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan.
Ape pun kalau seluar dalam nak di curi jugak memang pelik , kalau duit ke emas ke munasabah jugak tapi seluar dalam nak di curi ape pun kalau dalam islam hukum mencuri POTONG TANGAN so moral of the story jangan mencuri.
No comments:
Post a Comment